Establishment of Sri Kundang

Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Sri Kundang ini ditubuhkan pada 20hb Mac 2013 dibawah naungan rumah ibadah Surau Al Falah Jalan Kampung Baru Sri Kundang, Kampung Baru Kundang, 48020 Kuang, Selangor. (Imam: Abd Rashid B. Yahaya - 0172427893) Namun begitu rumah perlindungan ini telah berdiri sendiri apabila pendaftaran di SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) di bawah Akta Pertubuhan telah di luluskan atas nama PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DAN MISKIN SRI KUNDANG No Pendaftaran (SA 02 53910-H). Pusat jagaan ini memberi perlindungan kepada anak anak yatim dan anak anak dari golongan miskin dari negeri-negeri di semenanjung.


MISI PUSAT JAGAAN KAMI

Menjadikannya sebuah Pusat Jagaan yang paling selamat bagi anak-anak yatim dan miskin untuk mendapatkan perlindungan. Menjadikan sebuah Pusat Jagaan yang menyediakan kemudahan terlengkap mengikut kadar kemampuan bagi anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan kepada IT dan sebagainya. Menjadikan sebuah Pusat Jagaan yang paling berkebolehan membentuk akhlak kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim khasnya bagi yang telah mengalami masalah disiplin atau yang telah terjebak dalam gejala sosial. Menjadikan sebuah Pusat intergrasi bagi anak-anak yatim dan miskin khasnya terhadap permasalahan yang mereka alami serta membantu menyelamatkan mereka dari penderaan, pencabulan dan seumpamanya dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berusaha menjadi sebuah Pusat Jagaan yang mendapat pengiktirafan ISO. Akhir kata, bantulah kami untuk membantu anak anak yang kurang bernasib baik ini, sama samalah kita memberikan sinar harapan yang mampu menerangi masa depan mereka.

Asrama Sri Kundang

RUMAH PERLINDUNGAN SEMENTARA


Anak-anak yatim dan miskin telah ditumpangkan di sebuah rumah sewa sementara (sedekah sewa dari hamba Allah) di No.C52, Lorong C5, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor. Satu unit rumah teres berwarna oren di tengah, inilah rumah sewa tempat tinggal sementara seramai 20 orang anak anak yatim ditempatkan. Hanya terdapat 2 bilik tidor 1 ruang tamu yang sempit 1 ruang dapur dan 1 tandas dan 1 bilik mandi kecil.